Monday 28 November 2011

"RAHSIA MENGENALI WATAK MELALUI SUARA"

Suara tidak dapat menggambarkan paras rupa dan kecantikan seseorang, tetapi suara dapat menggambarkan peribadi pemiliknya. Biasanya kita akan mudah percaya seseorang melalaui suara dan intonasi percakapannya. Kadangkala ramai yang mudah tergoda hanya dengan mendengar suara seseorang ditelefon. Untuk mengenali watak dan peribadi seseorag sedikit sebanyak, kenalilah melalui suaranya :


1. Suara yang nyaring atau lantang dan jelas, segala sebutannya jelas dan senang difahami : Orangnya berani dan tegas.

2. Suara yang sederhana tidak terlalu kuat, dan tidak pula berbisik : Orangnya sederhana dan boleh dipercayai pada percakapannya.

3. Suara yang kurang tertawa pada masa ia bercakap, dan tidak banyak yang dicakapkannya : Tandanya pendiriannya tegas dan suka berfikir apabila sedang membuat kerja.

4. Suara yang sekejap nyaring dan sekejap perlahan, dan apabila bercakap terburu-buru : menandakan orangnya pemarah, dan tidak tetap pendiriannya.

5. Suara yang mengejut dan lambat : Tandanya lambat berfikir. Tetapi tak sama dengan orang yang bercakap lambat tapi perlahan sedikit sebab orang yang begini sabar dan tegas.

6. Suara yang mengeluarkan percakapan dengan terburu-buru dan tidak teratur : menandakan orangnya kurang sabar dan gopoh semasa membuat kerja.
 
p/s: alahaiiii suara Cik Donis xde pon kt cni =,="

6 comments:

  1. sore donis serak2 basah cam ella ke?? tu maksudnya kena kurangkan minum ais, jangan melalak dalam bilik air

    ReplyDelete
  2. ehehhe . sore cik donis cm dak kcik ja :P

    ReplyDelete
  3. patut la. bkn kata nk kenal watak. kenal org pun jauh sekali, sbb kenal sore pun idak. malah bole kata tak dgr langsung. kecik sgt sore tu.. haha

    ReplyDelete
  4. hahahahahahaha ..jgn pndang cik donis sblah mata haa :P

    ReplyDelete