Thursday 17 November 2011

BILA CINTA DATANG LAGI

Bila cinta pergi apa hati bicara ?
Apa hati rasa ?
Kenapa cinta ? Kenapa ?
Apakah itu yang aku rasa ?

Bila cinta itu mula menghilang ,
Diriku menyendiri lagi ,
Aku mula mencari-cari sisa-sisa ,
Kekuatan yang dulunya sentiasa ada ,
Kini terpaksa aku menggali ia kembali ,
Nun jauh di lubuk hati ...

Bila cinta pergi aku mula menyibukkan diri ,
Tak mahu mengingati detik-detik sedih ,
Bila cinta pergi aku mula berdiri di kaki sendri ,
Tak mahu terus hanyut di alam fantasi ,
Dan bila cinta pergi di sudut hati , aku mula berbicara sendiri ,
Aku takut untuk bersendiri ,
Dan pemergian cinta itu ternyata merubah segalanya ...

Kerana ku yakin dengan janji Allah ,
Bahagia itu pasti menghampiriku ,
Selagi aku redha dan tabah dengan ketentuanNya ,
Agar cinta itu indah sentiasa ,
Jadilah sang pencinta yang setia .......

No comments:

Post a Comment