Friday 18 November 2011

PEREMPUAN

Perempuan,
Usah kau biarkan
Senyumanmu yang semanis gula
Itu menjadi hambar
Semurah sekeping roti
Dan secawan kopi

Perempuan,
Ingatkah kau ibarat bunga
Yang menjadi pujaan kumbang
Untuk menghirup madu
Dan jagailah madu itu
Agar tidak dihirup
Sang kumbang durjana


Perempuan
Kau juga ibarat sebuah lukisan
Punyai nilai seni tersendiri
Menjadi buruan pencinta seni
Kerana itu usahkan kau biarkan
Dirimu seperti tidak berharga
Maka jadilah sebuah hiasan
Seindah hiasan wanita solehah .........

No comments:

Post a Comment