Sunday 20 November 2011

"PESANAN BUAT SI DIA "

Tolong beritahu si dia ,
Aku ada pesanan buatnya

Tolong beritahu si dia ,
Cinta agung adalah cinta-Nya
Cinta manusia membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia ,
Jangan menyintaiku lebih dari menyintai Yang Maha Esa
Jangan mengingatiku melebihi dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Jangan mendoakanku melebihi dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia ,
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Dahulukan ibu bapanya kerana di taelapak itu syurganya

Tolong ingatkan si dia ,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia ,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia ,
Aku milik Yang Maha Esa
Aku masih milik keluarga
Tanggungjawabnya pada keluarganya

Tolong sabarkan si dia ,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya ,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia ,
Aku tidak mahu melekakan dia
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia ,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa

Tolong sampaikan kepada si dia ,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri ...

No comments:

Post a Comment